BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 15, 2011

KITA MAMPU MELAKUKANNYA!

Hujan turun. Renyai. Nyaman rasanya. Namun ada sesuatu yang tidak kena dalam hati ini. Kenapa ya? Asrama lengang. Kosong. Sunyi. Oh lupa. Minggu ini minggu dibenarkan balik, patutlah sunyi semacam je. Ramai pelajar asrama pulang ke kampung halaman masing – masing mengubat rindu yang membara terutama adik-adik Tingkatan Satu. Biasalah tu. Tetapi yang hairannya pelajar Tingkatan 5 dan 6 juga hampir semuanya balik. Rindu juga ke? Tak kisahlah. Esok huru-hara lah balik asrama ni. Ye lah semua dah balik semula kat asrama kan. Macam itulah peraturan yang ditetapkan. Perlu balik sebelum jam 6.30 petang pada hari Ahad. Kalau tak, alamatnya pen merah la kan. Insya-Allah pelajar Smka Shams yang tinggal di asrama ni anak yang baik lagi mendengar kata. Mereka akan berusaha untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pentadbiran asrama walaupun berat rasanya.

 Peraturan. Siapa suka bukan? Tetapi hidup kita kalau tiada peraturan, teruruskah kita? Bersyukurlah selagi mana ada yang masih sanggup ingatkan kita tentang sesuatu perkara itu.

Bukanlah susah nak ikut peraturan yang ditetapkan. Susah sangat ke nak kosongkan asrama pada waktu persekolahan?? Jangan zalimi orang lain. Kan bagus kalau dapat turun awal ke sekolah? Dapat ulang kaji. Dapat melunaskan kerja sekolah yang tertunggak sebelum cikgu masuk. Banyak faedahnya, teman. Kasihanilah kepada KB – KB dorm anda. Mereka terpaksa menunggu anda semata- mata hendak memastikan segala – galanya berada dalam keadaan yang baik dan kemas. Jangan zalimi KP yang menjaga pagar asrama. Mereka juga mempunyai kehidupan di kelas.

Tapi kami semua faham. Anda semua remaja yang inginkan kebebasan. Kami juga remaja. Jangan lupa. Ustaz dan Ustazah juga pernah remaja. Mereka faham. Dan kerana mereka fahamlah mereka tidak mahu kita mengulangi perkara – perkara yang pernah mereka rasai dahulu. Bersyukurlah kita mempunyai guru – guru yang sentiasa mengambil berat tentang diri kita seperti ibu bapa yang amat mengasihi anak – anaknya. Begitulah warden – warden di asrama. Sanggupnya mereka untuk turut turun berjemaah bersama kita selain daripada membendung masalah pelajar yang turun lewat ke surau. Sepatutnya kita tahu, mereka juga ada kehidupan lain selain daripada untuk menjaga kita. Senangkanlah hati mereka. Kelak mereka akan berusaha untuk menjadikan kehidupan di asrama lebih seronok. Mana tahu, ustaz akan berikan kemudahan lain pula untuk pelajar asrama. Tugas kita hanyalah bersama menjaga anugerah yg diberikan. Tak susah. Ikut shj peraturan yang ditetapkan oleh mereka.

Sama – samalah kita cuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kita. Berubahlah. Masih belum terlambat. Anda gembirakan hati orang, Insya-Allah, Dia akan menggembirakan hati anda semua. Allah itu Maha Adil. Jangan Lupa! Setiap kali kita ingin melakukan sesuatu, ingatlah Allah Maha Melihat. Dia sentiasa melihat kita. Jangan lupa tu. Selamat beramal ye kawan-kawan!

Bantulah Saya!

Didiklah saya!

1 komenntar:

sachchitearp said...

Casino at Overnight RV Park in Maricopa, Arizona - Mapyro
The Overnight 논산 출장안마 RV Park is one of the 오산 출장마사지 largest RV Park RV parks in 서귀포 출장샵 Maricopa, 동해 출장마사지 Arizona. The Overnight RV Park 용인 출장안마 offers 24/7 live harness racing and an outdoor