BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 15, 2011

KITA MAMPU MELAKUKANNYA!

Hujan turun. Renyai. Nyaman rasanya. Namun ada sesuatu yang tidak kena dalam hati ini. Kenapa ya? Asrama lengang. Kosong. Sunyi. Oh lupa. Minggu ini minggu dibenarkan balik, patutlah sunyi semacam je. Ramai pelajar asrama pulang ke kampung halaman masing – masing mengubat rindu yang membara terutama adik-adik Tingkatan Satu. Biasalah tu. Tetapi yang hairannya pelajar Tingkatan 5 dan 6 juga hampir semuanya balik. Rindu juga ke? Tak kisahlah. Esok huru-hara lah balik asrama ni. Ye lah semua dah balik semula kat asrama kan. Macam itulah peraturan yang ditetapkan. Perlu balik sebelum jam 6.30 petang pada hari Ahad. Kalau tak, alamatnya pen merah la kan. Insya-Allah pelajar Smka Shams yang tinggal di asrama ni anak yang baik lagi mendengar kata. Mereka akan berusaha untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pentadbiran asrama walaupun berat rasanya.

 Peraturan. Siapa suka bukan? Tetapi hidup kita kalau tiada peraturan, teruruskah kita? Bersyukurlah selagi mana ada yang masih sanggup ingatkan kita tentang sesuatu perkara itu.

Bukanlah susah nak ikut peraturan yang ditetapkan. Susah sangat ke nak kosongkan asrama pada waktu persekolahan?? Jangan zalimi orang lain. Kan bagus kalau dapat turun awal ke sekolah? Dapat ulang kaji. Dapat melunaskan kerja sekolah yang tertunggak sebelum cikgu masuk. Banyak faedahnya, teman. Kasihanilah kepada KB – KB dorm anda. Mereka terpaksa menunggu anda semata- mata hendak memastikan segala – galanya berada dalam keadaan yang baik dan kemas. Jangan zalimi KP yang menjaga pagar asrama. Mereka juga mempunyai kehidupan di kelas.

Tapi kami semua faham. Anda semua remaja yang inginkan kebebasan. Kami juga remaja. Jangan lupa. Ustaz dan Ustazah juga pernah remaja. Mereka faham. Dan kerana mereka fahamlah mereka tidak mahu kita mengulangi perkara – perkara yang pernah mereka rasai dahulu. Bersyukurlah kita mempunyai guru – guru yang sentiasa mengambil berat tentang diri kita seperti ibu bapa yang amat mengasihi anak – anaknya. Begitulah warden – warden di asrama. Sanggupnya mereka untuk turut turun berjemaah bersama kita selain daripada membendung masalah pelajar yang turun lewat ke surau. Sepatutnya kita tahu, mereka juga ada kehidupan lain selain daripada untuk menjaga kita. Senangkanlah hati mereka. Kelak mereka akan berusaha untuk menjadikan kehidupan di asrama lebih seronok. Mana tahu, ustaz akan berikan kemudahan lain pula untuk pelajar asrama. Tugas kita hanyalah bersama menjaga anugerah yg diberikan. Tak susah. Ikut shj peraturan yang ditetapkan oleh mereka.

Sama – samalah kita cuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kita. Berubahlah. Masih belum terlambat. Anda gembirakan hati orang, Insya-Allah, Dia akan menggembirakan hati anda semua. Allah itu Maha Adil. Jangan Lupa! Setiap kali kita ingin melakukan sesuatu, ingatlah Allah Maha Melihat. Dia sentiasa melihat kita. Jangan lupa tu. Selamat beramal ye kawan-kawan!

Bantulah Saya!

Didiklah saya!

Friday, January 14, 2011

Jawatankuasa Pengurusan, Pentadbiran Asrama & Warden

Pengerusi
Hjh Lailawati binti Ahmad
(Pengetua Cemerlang)

 
Timbalan Pengerusi
Pn. Hjh Asmah binti Rahim
(GPK HEM)

Naib Pengerusi 1
Tn Hj. Norazam bin Hj Nayan
(GPK Pentadbiran )

Naib Pengerusi 2
 Pn. Nahayati binti Abd Ghani
(GPK Ko-Kurikulum )

Naib Pengerusi 3
 En. Azimi bin Othman
(GPK Ting 6 )

Setiausaha
Pn. Zuriyanai bt Ismail

Ketua Warden
En. Mohd Zaini bin Sejo

AJK 
En. Mohd Rasul bin Abu
En. Noor Hisham bin Mustapa
Pn. Noor Bee binti Alias
Pn. Aniza binti Abd Malek
Pn. Noridah binti Ahmad
Pn. Ramlah binti Ismail
En. Mohd Nafizi bin Mohd Ramli

Thursday, January 13, 2011

Facebook Ditutup - Misteri Atau Taktik?

Sabtu lalu dunia digemparkan mellaui satu laporan melalui weeklyworldnews.com bahawa CEO Facebook Mark Zuckerberg telah membuat pengumuman melalui satu sidang akhbar di pejabatnya di Palo Alto California. Kemudian keluar pula berita rentetan daripada pengumuman itu, Pangarah Komunikasi Korporat Facebook Larry Yu bahawa perkara ini hanyalah khabar angin sahaja.

Mungkin ramai yang pening bagaimana ini boleh berlaku. Bagaimana pula boleh ada satu sidang akhbar dan disiarkan oleh media internet weeklyworldnews.com tetapi kemudiannya dikatakan itu hanya khabar angin. Mengapa yang memberi penafian adalah Pengarah Komunikasi Korporat sahaja tetapi tidak Mark Zuckerberg sendiri?





[B]Apakah Kemungkinan Disebalik Isu Ini?[/B]

Bermacam persoalan dan pendapat dikeluarkan daripada isu sensasi ini terutama kesahihan dan logik akal. Mengikut laporan weeklyworldnews.com bahawa pengumuman itu dibuat oleh Mark Zuckerberg di pejabatnya. Bagaimana pula satu isu itu dikatakan khabar angin apabila ia diperoleh dari sidang akhbar? Adakah mungkin benar Mark sudah tertekan dengan beban kerja di facebook dan membuat keputusan atas dasar peribadi? Adakah penafian Larry Yu pula adalah bersifat komersil untuk mempastikan isu ini reda sementara waktu bagi menenangkan Mark Zuckerberg yang sedang tertekan?

Atau adakah ini hanya satu lagi episod taktik pemasaran dan kajian penerimaan facebook oleh pengguna secara terancang? Ia amat logik kerana pengumuman dibuat secara rasmi dan kemudian penafian juga dibuat secara rasmi. Bukankah itu kelihatan seperti sesuatu yang dirancang?

Apa logik dilakukan taktik sebegini? Apa faedahnya kepada facebook? Sedarkah anda, dalam proses penafian, Larry Yu secara tidak langsung telah mengumumkan bahawa facebook akan memperoleh pembiayaan daripada Goldman Sach dan Digitial Skies Technology dengan nilaian 50 bilion dolar? Dia kemudian langsung tidak mahu memberi komen kritis tentang laman yang mengeluarkan berita itu malah menjadikannya seolah satu bahan jenaka. Bukankah isu ini hakikatnya boleh mengganggu gugat perjanjian facebook dan 2 buah syarikat besar tersebut? Mengapa ia hanya menjadi komen jenaka kecil tentang pengeluar khabar angin ini? Bukankah kebiasaan syarikat besar akan menyaman kenyataan tidak benar yang menggugat operasi perniagaan mereka?

[B]Taktik Pengiklanan dan Penyampaian Moden[/B]

Adakah ini satu kaedah facebook untuk mengkaji dan melihat penerimaan pengguna facebook dunia semasa terhadapnya? Ini juga adalah kemungkinan yang logik kerana facebook mendapat pelbagai kritikan dari segi masalah teknikal. Dari mula ia mencipta nama didalam dunia siber, facebook tidak pernah sunyi daripada kritikan mengenai permasalahan teknikal dan komen pelanggan yang begitu ramai tidak puas hati dengan perkhidmatannya.

Hakikatnya, andai perkhidmatannya teruk sekalipun, ia tidak memberi impak yang begitu besar. Kritikan dan komen terhadap perkhidmatan adalah perkara yang ada setiap hari kepada gergasi internet dunia seperti Google dan Yahoo. Oleh yang demikian, ia bukannya isu besar. Pengguna facebook bukannya semakin mengecil tetapi semakin besar. Malah facebook sudah menjadi satu kemestian teknikal bagi perniagaan online dan offline untuk mempunyai keterlibatan bersama facebook. Dan yang lebih penting, ia adalah percuma. Kritikan atas perkhidmatan percuma facebook tidak memberi kesan yang tinggi kepada operasi komersilnya.

Ini bagi saya adalah satu teknik pengiklanan moden. Facebook bukannya laman web yang menduduki tangga ke 100 tetapi tangga ke 2 dunia selepas google. Mereka tidak perlu takut sekiranya isu ini memberi impak apabila pengguna bertepuk tangan mendengar berita penutupannya kerana berjuta lagi pengguna menangis atas berita ini. Ia hanya kaedah mempromosi apa yang sedang berlaku di facebook dengan penuh bergaya.

Facebook boleh memberitahu kepada dunia yang mengkritik, 'apa yang anda boleh lakukan sekiranya anda tidak menyukai kami?' bahawa mereka hanya sekadar boleh mengkritik dan facebook akan terus berkembang dan terus mendapat pembiayaan berbilion dolar pada masa mendatang. Ia juga satu kaedah memberitahu dunia bahawa facebook tidak mungkin akan musnah dengan mudah dengan kekuatan yang ada dan kekuatan yang bakal tiba.

Hati tercuit dengan komen Larry Yu apabila dalam penafiannya dia membuat sebuah pertanyaan bahwa dia hairan bagaimana berita ini boleh tersebar begitu cepat. Bukankah Facebook itu pakar pemasaran viral dunia? Kadangkala saya rasakan ia seperti masuk bakul angkat sendiri tetapi saya tidak nafikan ia satu taktik yang sungguh bergaya.

[B]Manusia dan Facebook[/B]

Kita lupakan apa yang berlaku tentang facebook dan strateginya. Berita ini adalah sememangnya satu kaedah sahaja dan bukannya berita. Oleh itu usahlah memeningkan kepala adakah akaun facebook anda akan ditutup atau tidak. Andai kata Mark Zuckerberg mahu berhenti dan berehat, facebook tidak akan berhenti dan berehat. Sama ada ia berita benar atau taktik, kita hanya membuang masa memikirkan hal tersebut. Ada perkara lain yang lebih bermanfat untuk kita fikirkan.

Ingin saya bertanya adakah ketika anda membaca berita sensasi ini, adakah anda mengambil perhatian tentang komen-komen dunia kepada facebook? Dapatkah anda lihat bahawa facebook bukanlah satu perkara yang sentiasa disukai. Tidak kurang juga ia adalah platform yang tidak disukai tetapi terpaksa digunakan.

Tidak hairan begitu ramai ulama Islam sebelum ini memberi komen tentang bahaya facebook kepada masyarakat dan kehidupan manusia itu sendiri. Dari komen dunia, kita boleh melihat wujudnya manusia yang mana dunianya adalah didalam bilik dan didepan komputer bersama facebook. Malah ada yang mengatakan mereka akan mati sekiranya facebook ditutup. Sehingga begitu sekali pengaruh facebook ke atas kehidupan manusia.

Hari ini facebook boleh menjadikan seorang manusia kaya dalam sehari, seorang ahli politik musnah dalam sehari, seorang yang tiada apa menjadi selebriti dalam sehari, seorang bodoh kelihatan pandai dalam sehari dan pelbagai lagi. Isi facebook bergerak begitu pantas sedangkan otak manusia memerlukan masa untuk menilai. Belum sempat sebuah isu dinilai, maka satu isu baru sudah terpampang di facebook. Bagi saya, inilah dia satu-satunya platform yang benar-benar berjaya menghipnotis penggunanya.

Manusia hidup mengikut apa yang facebook corakkan. Mereka tidak sempat mencorakkan kehidupan mereka supaya dapat dilihat dalam keadaan lega di dalam facebook. Mereka harus bersaing secara tidak sedar dalam mempastikan mereka diberi perhatian kerana sistem facebook itu sendiri yang pantas memaksa mereka berbuat demikian.

Kerana itu, tidak hairan begitu banyak manusia memberitahu melalui komen mereka bahawa mereka amat suka sekiranya facebook ditutup kerana seorang ibu dapat melihat anaknya tidak lagi bermasyarakat, tidak lagi berselera untuk makan bersama keluarga, seorang rakan hilang rakan dan kepelbagaian lagi cerita. Apa yang anda perlu, bukalah blog dan forum yang bersembang tentang isu ini. Begitu banyak aduan tentang kerosakan institusi keluarga dan masyarakat dari bahana facebook ini.

[B]Jangan Jadikan Facebook Itu Kehidupan[/B]

Facebook adalah alat. Jadi ia harus digunakan sebagai alat. Apa akan jadi jika alat yang kita gunakan akhrinya memperalatkan kita? Pernahkah kita terfikir mengapa Islam menekankan konsep muamalat dalam kehidupan? Adakah dengan facebook konsep muamalat itu menjadi normal?

Facebook adalah platform yang paling mudah di dunia untuk menghina agama, merosakkan kehidupan orang lain, meruntuhkan insititusi keluarga, menyebarkan penipuan, menyebarkan kerosakan akidah dan sebagainya. Malah semua itu mampu berlaku dengan berkesan. Apa yang lebih menyedihkan, pelaku perkara negatif ini mampu melakukannya dengan cara yang berani dan selamat.

Adakah saya terlalu jumud dengan memberi persepsi bahawa Islam memandang negatif terhadap pembaharuan dan kemajuan? Ini bukanlah persepsi lagi. Ini adalah realiti. Hari ini anda tidak sedar satu kesilapan kecil anda, telahpun dijaja keseluruh dunia dan berkembang daripada satu perkara kecil yang digubah menjadi seperti satu jenayah atau dosa besar. Sedar-sedar anda dibaling sebiji telur oleh orang yang tidak dikenali kerana mereka membenci anda. Mungkin kerana anda tidak tahu orang memanipulasi gambar anda di facebook ketika sedang merotan anak di halaman rumah.

Mungkin ia seperti satu fantasi mengarut dan mungkin ada yang mengatakan ia takkan terjadi. Tapi saya ingin bertanya, adakah ada sesiapa yang boleh pastikan ia takkan terjadi? Malah begitu banyak 'candid' telah menjatuhkan imej seseorang tanpa disedari oleh individu diseluruh dunia. Seorang alim mungkin sedang bersalam dengan adiknya, tetapi gambarnya diambil dan dikomen sebagai  'orang alim tahi kucing' dengan komen menggambarkan dia menyentuh bukan muhrim. Mungkin akan ada penjelasan tetapi adakah penjelasan itu mampu menjelaskan fitnah yang dibuat dengan berkesan?

Alangkah mudahnya fitnah kini tersebar di akhirnya. Amat mudah juga minda manusia dipandu oleh sistem manusia sendiri. Fikirkanlah sendiri betapa pentingnya kita kembali kepada agama. Orang yang memahami agama akan memahami konsep nilai dan mungkin dapat membentengkan diri dengan sistem berbahaya ini. Bagaimanakah mereka yang tidak bersedia. Semoga Allah memberi hidayah dan kesedaran kepada umat Islam khususnya untuk tidak terjerumus dalam kerosakan yang disistemkan oleh facebook.

Friday, January 7, 2011

Form 1

Sedar tak sedar minggu pertama persekolahan telah berlalu.Yang tingkatan satu sudah pun masuk tingkatan dua,tingkatan tiga sudah naik tingkatan empat.

Tidak lupa juga kepada ahli asrama yang baru sahaja "check-in" pada hari Rabu lepas dan kini sedang berorentasi bersama-sama abang-abang senior kita.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam pada minggu lepas ;

Taklimat daripada Saudara Fauzi.

"Berdiri semua..kita nak nyanyi lagu kita ni.."

Semangat sungguh adik-adik kita menyanyi kan..?

"1,2,3,4.." Wan Abdul Rahim.




Inilah antara barisan fasilitator tingkatan 1

Bersenam sudah,apa lagi naik asrama.

Itu sahaja yang dapat dikongsi bersama. Insya-Allah, akan ada lagi 'post' yang akan dikongsi bersama warga SHAMS terutama sekali warga asrama.

Friday, November 19, 2010

Magma 10

Pada 11 November 2010 yang lalu, asrama telah menjalankan sebuah majlis yang gilang-gemilang dilakukan

pada setiap tahun. Semua ahli jawatankuasa program telah bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini. Majlis ini telah mendapat kerjasama dari semua pelajar asrama. Pelbagai persembahan menarik telah dipersembahkan oleh pelajar-pelajar asrama yang terlibat. Majlis ini berjaya dijalankan dengan sempurna. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang mendapat anugerah. Akhir sekali, kami dari pihak ahli jawatankuasa program ingin memohon maaf jika mempunyai masalah seperti masalah teknikal sepanjang program dijalankan.


Magma 10
AJK program terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4

Pemenang meja terbaik kategori muslimat
Pelajar tingkatan 2
Pelajar tingkatan 3
Antara scene yang menarik
Persembahan dikir barat
              
Tingkatan 4 muslimat
Gerbang Magma 10
Persiapan Magma 10


Profil Smka Shams













Nama          :-   Sekolah Menengah Kebangsaan Agama 







                        Sheikh Haji Mohd Said







Singkatan    :-   SMKA SHAMS







Penubuhan   :-  1959 M, Sri Menanti







Alamat         :-  Jalan Tunku Kurshiah,



                        70400 Seremban,
                        Negeri Sembilan Darus Khusus














Usia             :-  51 Tahun, (2010)







Status          :-  Sekolah Kluster







Motto           :-  Dunia dan Akhirat Tuntutan Hidup

Kedua-dua bidang ilmu iaitu ilmu akademik dan ilmu agama sama pentingnya dan dituntut oleh pelajar-pelajar sekolah ini. Keseimbangan ini jelas untuk memantapkan kehidupan seseorang insan muslim.














Visi              :-  SMKA SHAMS Sebagai Institusi Pengajian Islam Bertaraf Dunia







Misi              :-  Memberi Pendidikan Berkualiti Untuk Menjana
                        Pelajar Cemerlang Di Dunia Dan Sejahtera Di Akhirat
                        Berdasarkan Aspirasi Agama Dan Negara







Slogan          :-  SHAMS Terus Cemerlang
                        " Anak Yang Baik Mendengar Kata "
























Pintu masuk SHAMS

Serambi Nilam

Kolam Semenanjung
Anjung Ilmu
Laluan BADAR Perdana
Padang sekolah
Pusat Sumber Sekolah
Peta SMKA SHAMS